Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sabah berpandangan sama K’jaan Persekutuan lindungi hutan simpan kekal – Mohd Shafie

KOTA KINABALU, 1 Okt (Bernama) –Kerajaan negeri Sabah mempunyai pandangan yang sama dengan Kerajaan Persekutuan Malaysia yang tidak membenarkan sebarang perluasan ladang kelapa sawit ke kawasan rizab hutan kekal, kata Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada sidang media selepas merasmikan Kursus Ahli Lembaga Pengarah Badan Berkanun dan Agensi Kerajaan Negeri Sabah 2018 di Hyatt Regency, Kota Kinabalu. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

Beliau berkata, malah, kerajaan negeri Sabah pada masa ini memberi tumpuan kepada getah, buah-buahan, kayu perladangan, koko dan tanaman lain, dan sebarang pembangunan ladang pada masa depan, termasuk ladang kelapa sawit, hanya akan dijalankan di atas tanah pertanian sebelumnya atau tanah degradasi.

“Sebagai contoh ialah pengharaman ke atas eksport pulangan balik ekonomi yang rendah sejak Julai 2018 adalah sebahagian daripada usaha melindungi hidupan liar dan memperbaharui sektor perhutanan. Perniagaan hiliran dalam produk kayu didapati membawa lebih banyak faedah kepada masyarakat setempat,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata kerajaan negeri bersetuju sepenuhnya dengan Kerajaan Persekutuan dalam mempertahankan ikrarnya kepada masyarakat antarabangsa bahawa Malaysia akan menunaikan janji untuk mengekalkan 50 peratus jisim bumi sebagai kawasan diliputi hutan.

Ikrar ini dizahirkan pada Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro pada 1992 dan ditegaskan lagi dalam beberapa persidangan antarabangsa utama termasuk Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa Bersatu di Paris pada 2015.

Menurut Mohd Shafie, Sabah akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meningkatkan amalan pengurusan hutan lestari bagi menggiatkan semula sektor itu sebagai penyumbang ekonomi yang penting kepada negara.

“Memandangkan ketidakstabilan harga minyak sawit dalam persekitaran yang kompetitif, kerajaan negeri akan menggalakkan dan membantu petani tempatan dan pekebun kecil untuk beralih kepada tanaman kontan lain yang mendapat pasaran dan permintaan global yang lebih baik,” katanya.

Mohd Shafie berkata langkah itu  adalah untuk melindungi mata pencarian pekebun kecil daripada terdedah kepada turun naik harga minyak sawit global yang berada di luar kawalan kerajaan.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan