Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,637

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Sabah Berhadapan Dengan Perlawanan ‘Antara Hidup Atau Mati’

3:10pm 25/07/2016 Pak Roshan 534 views Berita Pilihan,Mutakhir,Sukan

sabahfa

Sabah akan menentang KL Sime Darby FC malam ini di Stadium MP Selayang dalam saingan Liga Perdana, satu perlawanan yang disifatkan ‘antara hidup atau mati’ oleh Ketua Jurulatih, Johnny Dominicus.

“Semestinya kami perlu menang untuk mengelak daripada jatuh ke zon penyingkiran, ini adalah saat genting buat pasukan kerana sekiranya kami menang, kami akan menjarakkan diri dengan pasukan di bawah namun jika sebaliknya berlaku, ia bakal menimbulkan masalah besar,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Selepas dikecewakan oleh Selangor PKNS FC di Stadium Likas minggu lalu, Sang Badak tiada cara lain selain membawa balik tiga mata demi menjarakkan diri dari zon penyingkiran.

Sekiranya kalah, Sabah bakal turun satu anak tangga ke tempat ke-10 daripada 12 pasukan, sekali gus menghampiri zon penyingkiran, sekiranya UiTM FC berjaya menundukkan ATM, petang ini.

Johnny berkata, kemenangan juga penting bagi mengurangkan tekanan pasukan untuk menghadapi perlawanan seterusnya.

“Dua kekalahan berturut-turut sebelum ini memberi sedikit tekanan kepada pasukan, oleh sebab itu kita sangat perlukan kemenangan bagi mengurangkan tekanan untuk persiapan menghadapi perlawanan seterusnya, khususnya pertemuan dengan Negeri Sembilan dan ATM di gelanggang sendiri nanti,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, kesemua pemainnya bebas daripada kecederaan manakala pertahanan tengah Rawilson Batuil kembali selepas menjalani penggantungan perlawanan.

“Cuma buat masa ini, Dedi Kusnandar berada dalam keadaan 50-50 untuk perlawanan malam ini selepas mengalami kecederaan ketika pertemuan dengan PKNS, Jumaat lalu,” katanya. – Sabahfa.com

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan