Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sabah berdepan ancaman pengganas biarpun Agbimuddin tiada – Polis

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman. - Foto Mohd Adam Arinin
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman. – Foto Mohd Adam Arinin

KOTA KINABALU: Sabah masih berdepan ancaman militan dari selatan Filipina walaupun Agbimuddin Kiram, ketua kumpulan pengganas yang menceroboh Lahad Datu dua tahun lalu, dilaporkan meninggal dunia semalam.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, berkata niat menuntut Sabah daripada Malaysia masih diteruskan oleh Datu Esmail Kiram dan Datu Piah, masing-masing adik kepada Jamalul Kiram III yang mengaku dirinya Sultan Sulu dan meninggal dunia pada Oktober 2013.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan kematian Agbimuddin oleh portal berita Filipina, semalam.

Portal berita Rappler.com melaporkan Agbimuddin, 73, seorang lagi adik kepada Jamalul Kiram III, meninggal dunia akibat serangan jantung di Simunul, Tawi-Tawi, di selatan Filipina, semalam.

Pada 12 Februari 2013, Agbimuddin memimpin kira-kira 200 penyokong militan yang mendakwa tentera Kesultanan Sulu menceroboh Kampung Tanduo di Lahad Datu untuk menuntut negeri ini daripada Malaysia.-BHarian Online

Komen


Berita Berkaitan