Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,702

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Sabah berazam kembali ke Liga Super

7:56pm 08/10/2016 Pak Roshan 1141 views Berita Pilihan,Mutakhir,Sukan

sabah fa

TAWAU: Pasukan Sabah FA akan terus berusaha memperbaiki kelemahan khususnya di bahagian serangan pasukan dalam mengharungi saingan liga musim depan.

 Pengurus Pasukan Sabah FA, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, berkata walaupun berbaki satu perlawanan Liga Perdana menentang UiTM FC hujung Oktober ini, pasukan Sabah dilihat masih perlu penyerang Import yang berbisa.

“Sasaran kita tahun ini tidak tercapai bagaimanapun kita masih lagi berjaya untuk kekal dalam Liga Perdana berbanding sasaran kita untuk mendapat kedudukan terbaik dalam liga,” katanya.

Beliau ditemui selepas perlawanan persahabatan pasukan Sabah FA menentang pasukan tempatan Liga Bola Sepak Rakyat Tawau yang berkesudahan 3-1 memihak kepada pasukan Sabah FA.

Sabah FA turut dijadualkan menentang persahabatan kedua pasukan Pilihan Tawau malam ini di Kompleks Sukan Tawau.

Nizam berkata, perlawanan itu adalah sebagai pemanas badan bagi mengekalkan ‘Fitness’ pemain selepas mengharungi cuti yang panjang.

“Oleh kerana kita menghadapi cuti yang panjang kita mengambil kesempatan untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan kelab kelab yang ada di Sabah ini termasuklah pasukan tempatan di Tawau ini”.

Katanya, perlawanan itu akan dijadikan satu persediaan bukan saja untuk perlawanan Liga musim ini dan hadapan tetapi untuk mengenalpasti pemain tempatan yang boleh diketengahkan.

“Pada perlawanan persahabatan ini kita akan mencari bakat bakat yang boleh diketengahkan untuk bermain untuk Sabah”.

Nizam berkata, pihaknya di Sabah FA akan berusaha bersungguh sungguh untuk membawa kegemilangan pasukan Sabah tetapi sebenarnya ianya bukan satu perkara yang mudah.

“Ia perlu kerja keras dan kerjasama semua pihak termasuk penonton dengan memberi pandangan positif. Ini semuanya boleh membawa kegemilangan bola sepak Sabah”.

Tambahnya, selaku pengurus pasukan beliau akan berusaha bersungguh sungguh untuk memperbaiki kelemahan pasukan Sabah dan sememangnya sasaran utama mereka adalah untuk kembali ke Liga Super. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan