Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,667

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Sabah benam Perlis 1-0 di Likas

11:51pm 17/05/2016 Pak Roshan 653 views Berita Pilihan,Mutakhir,Sukan
PEMAIN Sabah, Leopold Alfonso Otong Musa (kanan) bersaing dengan pemain Perlis, Mohd Izuan Jarudin dalam aksi Liga Perdana di Stadium Likas, Kota Kinabalu. - Foto Lano Lan

PEMAIN Sabah, Leopold Alfonso Otong Musa (kanan) bersaing dengan pemain Perlis, Mohd Izuan Jarudin dalam aksi Liga Perdana di Stadium Likas, Kota Kinabalu. – Foto Lano Lan

KOTA KINABALU: Skuad Sabah berjaya melunaskan impian untuk menutup tirai pusingan pertama liga dengan kemenangan apabila berjaya menundukkan Perlis 1-0, di Stadium Likas, sebentar tadi.

Serangan demi serangan yang dilancarkan tuan rumah akhirnya berhasil apabila Maxsius Musa dengan tenang menewaskan penjaga gol Perlis, Azizon Abd Kadir selepas menerima hantaran jauh dari Jenius Karib.

Sabah kemudian hampir menambah jaringan pada minit ke-44, namun cubaan Leopold Alfonso Otong yang hanya berdepan dengan Azizon sedikit tersasar di sebelah kanan tiang gol Perlis.

Bermula separuh masa kedua, Sabah terus garang memburu gol dan hampir menambah jaringan pada minit ke-53, namun hantaran lintang Ummareng Bacok tidak sempat disambar Leopold.

Perlis yang sekali-sekala mencemaskan kubu pertahanan Sabah hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-57, bagaimanapun, cubaan Edward Junior Wilson sekadar terkena tiang.

Seminit kemudian, giliran Maxsius mendapat peluang baik, namun, cubaannya selepas mendapat hantaran cantik dari Leopold diselamatkan Azizon.

Kedua-dua pasukan kemudian saling melakukan serangan selepas itu namun gagal menghasilkan sebarang jaringan dan kedudukan 1-0 itu kekal sehingga tamat perlawanan. BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan