Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,785

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Sabah belum mahu pecat Simunic

2:14pm 02/03/2016 Pak Roshan 360 views Berita Pilihan,Mutakhir,Sukan
KETUA Jurulatih Liga Perdana Sabah, Vjeran Simunic. - Foto Owee Ah Chun

KETUA Jurulatih Liga Perdana Sabah, Vjeran Simunic. – Foto Owee Ah Chun

KOTA KINABALU: Di sebalik empat kekalahan berturut-turut dan menghuni tangga kedua tercorot Liga Perdana tanpa sebarang mata, pengurusan Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) tampak masih bersabar dengan pengendali Sang Badak, Vjeran Simunic.

Walaupun menerima desakan peminat supaya perubahan segera dilakukan bagi mengelak skuad Sabah terus mengalami kekalahan demi kekalahan, pengurus pasukan, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan masih menaruh keyakinan Sang Badak mampu bangkit.

Beliau berkata, anak buahnya sudah memberikan aksi terbaik pada musim ini terutama ketika menentang Kuala Lumpur, namun nasib belum menyebelahi mereka untuk mencatat kemenangan dalam liga.

“Sebagai pengurus saya memang kecewa dan tertekan dengan kekalahan ini, namun kami tidak boleh berputus asa kerana perjalanan masih panjang.

“Pemain telah buktikan mereka mampu memberi tentangan terutama ketika kami ketinggalan dua gol kepada Kuala Lumpur. Mungkin nasib tidak menyebelahi kami dan kami perlu berfikiran positif,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Nizam berkata, apa yang penting ketika ini adalah semangat pemain tidak luntur, sebaliknya tetap tekad menebus kekecewaan pada perlawanan akan datang.

“Kami sudah pelajari banyak perkara dan sudah tiba masanya pemain untuk lebih fokus kepada permainan dan mengelak daripada melakukan kesilapan mudah.

“Bahagian pertahanan dan penjaga gol juga harus diperbaiki segera bagi memastikan pasukan kami tidak mudah dibolosi.

Saya juga berharap agar barisan pemain import dapat memberikan persembahan serta aksi terbaik mereka bagi membantu pasukan,” katanya.Beliau turut mengakui pasukan Sabah musim ini memerlukan sedikit masa untuk menjadi lebih matang terutama pemain muda.

“Majoriti daripada pemain pasukan ini adalah pemain muda dan saya cukup yakin pasukan ini mampu pergi lebih jauh. Mungkin kami perlukan sedikit masa untuk membuktikan sesuatu kepada para penyokong,” katanya.

Pada perlawanan kelmarin, Sabah dikejutkan dengan dua gol awal oleh Kuala Lumpur sebelum bangkit menyamakan kedudukan menerusi Marco Tulio dan Leopold Alfonso.

Bagaimanapun, kelalaian pada lewat permainan membuka ruang kepada tuan rumah untuk memperoleh gol kemenangan, sekali gus menafikan peluang besar Sabah untuk mengutip sekurang-kurangnya satu mata di gelanggang lawan.- BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan