Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,781

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Sabah Beautex 2016 bakal berlansung pada 16-18 Sept

6:15pm 05/09/2016 Elezebeth Esther Onjining 33 views Kota Kinabalu,Tempatan,YB Datuk Hajah Jainab Datuk Seri Panglima Haji Ahmad Ayid
SABAH BEAUTEX 2016….Jainab (empat dari kiri) bersama Doris Lo (empat dari kanan) menunjukkan poster Sabah Beauty Expo (Sabah Beautex 2016) di pejabatnya, disini, hari ini

SABAH BEAUTEX 2016….Jainab (empat dari kiri) bersama Doris Lo (empat dari kanan) menunjukkan poster Sabah Beauty Expo (Sabah Beautex 2016) di pejabatnya, disini, hari ini

KOTA KINABALU- Sebuah expo iaitu Sabah Beauty Expo (Sabah Beautex) 2016 akan diadakan selama tiga hari bermula 16 sehingga 18 September 2016

Expo itu akan diadakan di Pusat Beli Belah Imago, di sini. Ianya diadakan bukan sahaja sempena menyambut Hari Malaysia, malah untuk mengutip dana bagi membantu Projek “CLAP for Joy” iaitu projek komuniti bagi membantu kanak-kanak bibir sumbing  (cleft lip and palate).

Menurut Ketua Pembangunan Perniagaan dan Operasi, Kashani Samat berkata expo berkenaan adalah bagi meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai masalah sumbing tersebut.

“Penyakit-penyakit boleh menyebabkan kematian seperti kanser, kencing manis telah mendapat banyak pendedahan.

“Walaupun masalah sumbing ini tidak menyebabkan kematian tetapi kanak-kanak yang menghidapinya pasti akan mengalami masalah lain seperti kurang berkeyakinan ketika berkomunikasi dengan orang lain,”katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar yang diadakan di pejabat Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna di Wisma Tun Fuad Stephen, Kota Kinabalu, hari ini.

Hadir sama, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Hajah Jainab Datuk Seri Panglima Ahmad Ayid Pengarah Pemasaran (Marketing Director) Dreamforce Productions Sdn.Bhd, Doris Lo.

Dalam masa sama, Jainab berkata masyarakat perlu mempunyai kesedaran bahawa kanak-kanak bibir sumbing ini perlu diberi perhatian dan dibantu agar mereka dapat merawat kecacatan tersebut.

Selain itu, Jainab turut menyokong usaha murni Dreamforce bersama mengasas projek “Clap for Joy” yang juga pakar bedah plastic, Dr Charles Lee mengadakan expo itu untuk membantu kanak-kanak sumbing. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan