Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,727

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Sabah Bangga Rakyat Tempatan Dilantik Duta Pertama Ke Vatican

8:09am 29/03/2016 Pak Roshan 351 views Berita Pilihan,Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

dompok

KOTA KINABALU : Sabah berbangga apabila Tan Sri Bernard Dompok dilantik sebagai duta tetap pertama ke Vatican City, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman hari ini.

Beliau berkata Dompok merupakan individu yang tepat memegang jawatan itu kerana pengalamannya, serta sering kali melawat Vatican dan berjumpa dengan beberapa paus.

“Saya yakin beliau akan memainkan peranan positif ke arah menguatkan hubungan antara Malaysia dan Vatican,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Musa berkata beliau telah menerima kunjungan hormat daripada Dompok di kediaman rasminya, Sri Gaya, di sini.

Beliau berkata pelantikan Dompok itu mencerminkan pendekatan sederhana dan toleransi terhadap semua agama yang diamalkan kerajaan.

Dompok berkata beliau berbesar hati dilantik menjadi duta ke Vatican.

Beliau berkata hubungan antara Malaysia dan Vatican adalah baik dan beliau akan memainkan peranannya dalam mengukuhkan hubungan dan menggalakkan pemahaman agama.

“Saya akan menyampaikan mesej bahawa walaupun terdapat pelbagai agama dan etnik di Malaysia, kita dapat hidup dalam keadaan aman dan harmoni,” katanya.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan