Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sabah bakal miliki perpustakaan islam yang pertama di negeri ini

Musa beramah mesra bersama pengunjung yang hadir sempena majlis berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin
Musa beramah mesra bersama pengunjung yang hadir sempena majlis berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

MEMBAKUT: Sabah bakal memiliki sebuah perpustakaan islam yang pertama di negeri ini yang akan memberikan kemudahan kepada masyarakat untuk membuat penyelidikan berhubung tamadun islam.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Hj. Mohd Ariffin Bin Hj. Mohd. Arif berkata, pepustakaan islam pertama di negeri ini itu akan dibina di perkarangan Masjid Negeri Sabah.

“Bajet untuk tujuan pembinaan perpustakaan ini telah diluluskan sebanyak RM3 juta dan selain pembinaan perpustakaan kita juga akan membina bazaar masjid di kawasan berkenaan dengan kerjasama bersama SEDCO,”katanya.

Beliau turut menyatakan bahawa Dewan Konvensyen Masjid untuk Masjid Cahaya Iman di daerah ini yang telah mendapat kelulusan peruntukan daripada Perdana Menteri sebanyak RM5 juta juga akan dimulakan tidak lama lagi.

“Dewan tersebut juga akan dilengkapi dengan tempat untuk mengadakan seminar, perpustakaan dan pusat IT di samping turut menyediakan ruang untuk aktiviti kemasyarakatan, keagamaan serta kesusasteraan,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media sempena majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri beliau di Kampung Pimping yang turut dihadiri oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman, di sini, kelmarin. –Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah.

Musa (tengah) dan  Ariffin (kanan) bersama antara yang hadir sempena majlis berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin
Musa (tengah) dan Ariffin (kanan) bersama antara yang hadir sempena majlis berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

Komen


Berita Berkaitan