Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,747

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Sabah bakal menjadi negeri pertama mempunyai sumber tenaga geoterma

4:43pm 05/08/2016 Elezebeth Esther Onjining 720 views Mutakhir,Tempatan

KOTA KINABALU- Sabah bakal menjadi negeri pertama di Malaysia mempunyai loji tenaga geoterma yang akan dibangunkan oleh Tawau Green Energy, Sdn Bhd (TGE) di Apas Kiri, Tawau.

Menurut Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili, jangkaan sebanyak 30 Megawatt (MW) tenaga akan disalurkan kepada grid Sabah Electricity Sdn Bhd. (SESB) di bawah mekanisme Feed in Tariff (FT).
“Sehingga kini, sejumlah dua wellpad geoterma telah siap dibina manakal wellpad yang ketiga sedang dalam proses pembinaan. Loji tenaga geoterma ini dijangka akan mencapai operasi komersial pada Jun 2018,”katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap sempena Taklimat Perkembangan 36MW Loji Tenaga Geotermal di Hotel Hyatt, disini, hari ini.
Selain itu, katanya, sumber tenaga geoterma merupakan antara sumber tenaga hijau yang mempunyai kadar pelepasan gas karbon rendah selain kadar kebergantungan dan bekalan sedia ada yang tinggi.
“Hasil kajian intensif yang dilaksanakan meliputi analisis geologi, geofizik dan geokimia dengan menggunakan model sama yang digunakkan oleh GeothermEx Inc, Amerika Syarikat dan Jacobs New Zealang, mereka mendapati kewujudan sumber geoterma yang aktif di sekitar gunung Maria di Apas Kiri,”ujarnya.
Maximus turut berkata Apas Kiri mempunyai potensi tinggi untuk dibangunkan sebagai logi tenaga Geoterma.
“Kami gembira dengan hasil penggerudian yang telah mencapai kedalaman sebanyak 1,449 meter walaupun berada pada kedalaman yang cetek, manakal suhu yang berjaya direkodkan telah melebihi 200 darjah celcius.
“Keputusan ini secara tidak lansung mengesahkan kajian magnetotelluric (MT) yang dijalankan oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia dan ahli geologi TGE iaitu berkenaan potensi geoterma di Apas Kiri,”katanya.
Hadir sama, Saintis Geoterma di Jacob New Zealand, Dr Ryan Libbey. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan