Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,644

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Sabah bakal mempunyai Pusat Sehenti Perkhimatan Rantaian Bekalan Makanan Bersepadu

1:48pm 14/07/2016 Elezebeth Esther Onjining 24 views Tempatan
Raymond (tengah) merasmikan majlis pelancaran SSO dan turut disaksikan oleh Jainab (kanan) dan Samuel (kiri)

Raymond (tengah) merasmikan majlis pelancaran SSO dan turut disaksikan oleh Jainab (kanan) dan Samuel (kiri)

KOTA KINABALU- Sabah bakal mempunyai Pusat Sehenti Perkhidmatan Rantaian Bekalan Makanan Bersepadu yang pertama di negara ini, kata Menteri Pembangunan Industri, Datuk Raymond Tan Shu Kiah.

Menurut beliau, pusat berkenaan turut dikenali sebagai Perkhidmatan Perkongsian dan Penyumberan Luar (SSO) dapat meningkatkan produktiviti pengusaha Indsutri Kecil dan Sederhana (IKS) negeri ini.
“Terdapat beberapa pengusaha IKS negeri ini menghadapi cabaran dalam memperkenalkan atau memasarkan produk mereka ke peringkat yang lebih tinggi.
“Ia termasuklah masalah pembungkusan, persijilan, kekurangan sumber kewangan dan sebagainya, yang menjadi faktor utama sesetengah pengusaha cenderung untuk mengurangkan pengeluaran produk dan mengehadkan operasi perniagaan mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap sempena majlis perasmian Platform Perniagaan SSO, Perkhidmatan Rantaian Bekalan Makanan Sabah di Pasific Sutera Harbour, disini, hari ini.
Selain itu, beliau berkata dianggarkan lebih kurang 40 hingga 50 orang pengusaha bakal mendapatkan manfaat menerusi platform perniagaan yang baru sahaja diperkenalkan itu sehingga hujung tahun ini.
“Walaupun projek tersebut belum siap dibangunkan, namun seramai 20 orang pengusaha telah dipanggil bersama produk mereka untuk proses penilaian baru- baru ini,”katanya.
Hadir sama, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Hajah Jainab Ahmad Ayid, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Industri Sabah, Datuk Haji Hashim Paijan, Pengurus Besar KKIP Property, Samuel Wong. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan