Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

SABAH B-19 GAGAL KE SEPARUH AKHIR

Aksi perlawanan bola sepak Piala Belia 2018 diantara pasukan Sabah menentang Kedah di Stadium Penampang. Sabah tewas kepada Kedah dengan agregrat ( 2 – 4 ). Gambar SNT / Ehsan Jaiman Taip

KOTA KINABALU: Sabah gagal ke separuh akhir Piala Belia musim ini meskipun menewaskan Kedah 1-0 dalam perlawanan suku akhir kedua di Stadium Penampang, petang tadi.

Pasukan tuan rumah memperolehi jaringan menerusi Muhammad Syahmil Nizal seawal minit ke-15, namun jaringan itu belum mampu membantu mereka untuk melayakkan diri ke pusingan berikutnya apabila tewas dengan agregate 3-4.

Dihadiri oleh kira-kira 300 penonton, Sabah dilihat menguasai pelawanan itu dengan dua percubaan terbaik tetapi penyudahan tumpul oleh jentera serangan meranapkan impian untuk ke separuh akhir.

Ketua Jurulatih, Mohd. Aiyyman Shah Johnny Abdullah berkata, walaupun tewas beliau tetap memuji usaha anak buahnya itu sepanjang perlawanan tersebut.

“Mereka sudah berusaha sehabis baik tetapi nasib tidak menyebelahi kami. Terima kasih kepada pemain kerana memberikan persembahan terbaik mereka.

“Begitu juga dengan pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Sabah (Sabah FA) kerana kerjasama membantu pasukan sepanjang musim ini,” katanya. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan