Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,800

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Sabah anjur kejohanan Angkat Berat Kebangsaan 2015

11:20am 16/12/2015 Leolerry Lajius 98 views Tempatan
Datuk Tawfiq bergambar bersama pemenang kejohanan tersebut.

Datuk Tawfiq bergambar bersama pemenang kejohanan tersebut.

KOTA KINABALU: Seramai 187 orang atlet daripada 16 gabungan Persatuan Angkat Berat Malaysia menyertai kejohanan Angkat Berat Kebangsaan bagi tahun 2015.

Kejohan yang diadakan selama empat hari itu bermula pada 15 sehingga 18 Disembar melibatkan dua kategori iaitu kategori terbuka dan kategori remaja.

Menurut Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Hj. Tawfiq DSP Hj. Abu Bakar Titingan, kejohanan itu merupakan salah satu platform untuk meningkatkan pencapaian para atlet bagi menghadapi temasya sukan terbesar di rantau Asia Tenggara iaitu Sukan SEA.

“Malaysia akan menjadi tuan rumah kepada Sukan SEA pada tahun 2017 dan saya berharap agar Persatuan Angkat Berat Malaysia menggandakan usaha untuk  meningkatkan prestasi para atlet,” katanya.

Tambah beliau, kejohanan pada kali ini juga sebagai persediaan untuk mengharungi cabaran pada temasya Sukan Malaysia di Kuching Sarawak pada tahun hadapan.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan kejohanan tersebut di Event Hall Star City, Asia City, Kota Kinabalu.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan