Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,799

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Sabah alami El Nino tahap kuat

6:06pm 10/01/2016 Pak Roshan 2520 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

met

KOTA KINABALU: Sabah sedang mengalami fenomena El Nino yang dikategorikan pada tahap kuat yang bermula bulan ini hingga Mac depan.

Pengarah Jabatan Meteorologi Sabah, Abdul Malek Tussin, berkata keadaan itu menyebabkan cuaca di negeri ini lebih panas dan kering selain kurang hujan.

“Fenomena El Nino kuat sedang berlaku sekarang yang dijangka menyebabkan taburan hujan merosot terutama sepanjang bulan ini, Februari dan Mac.

“Bagaimanapun, kekuatannya diramal mulai melemah pada April dan berakhir pertengahan tahun ini,” katanya kepada BH.

Berikutan itu, Abdul Malek menasihatkan penduduk berjimat menggunakan air dan mengelak pembakaran terbuka.

Beliau turut mengingatkan orang ramai mengurangkan aktiviti luar yang menyebabkan mereka terdedah kepada cuaca panas.

“Sebagai persediaan menghadapi musim kering, kita minta orang ramai mengelakkan pembaziran air dan pembakaran terbuka bagi mengelak krisis air dan kebakaran hutan.

“Bagi menjaga kesihatan, orang ramai perlu kurangkan terdedah kepada cuaca panas di luar,” katanya.

Berdasarkan maklumat Pusat Iklim Nasional, El Nino kuat diramal berterusan sehingga suku pertama tahun ini dengan peningkatan suhu antara 0.5 darjah Celsius hingga dua darjah Celsius.

Keadaan itu yang diramal mengatasi kekuatan El Nino pada tahun 1997 dan 1998 menyebabkan pengurangan jumlah hujan di Sabah dan utara Sarawak. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan