Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,695

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Sabah Akan Wartakan 90,000 Hektar Hutan Sebagai Kawasan Dilindungi Sepenuhnya

8:20pm 08/11/2016 Pak Roshan 280 views Berita Pilihan,Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

hutan

KOTA KINABALU : Satu usul untuk mewartakan kira-kira 90,000 hektar hutan di Sabah sebagai Kawasan Dilindungi Sepenuhnya (TPA) akan dibentangkan dalam sidang Dewan Undangan Negeri bulan ini.

Ketua Konsevator Perhutanan Negeri, Datuk Sam Mannan berkata, ini akan meningkatkan TPA negeri daripada 24.2 peratus kepada 26 peratus, dengan itu hanya empat peratus lagi diperlukan bagi mencapai sasaran 30 peratus.

“Ia akan bertambah sukar untuk mencapai empat peratus terakhir. Tetapi dalam usaha kita memastikan sumber tersebut kekal untuk beberapa generasi akan datang, kita mesti memulakannya.

“Ini juga bagi memenuhi gesaan pemulihan hutan bagi memastikan, antara lain, bekalan air bersih semula jadi tidak terjejas, katanya kepada pemberita selepas pembukaan Persidangan Antarabangsa Mengenai Pedalaman Borneo oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman di sini, hari ini.

Sam berkata, Jabatan Perhutanan Sabah akan melaksanakan pelbagai langkah untuk mencapai sasaran TPA dalam tempoh 10 tahun akan datang, termasuk membentuk pasukan penguatkuasa bersenjata, iaitu Pasukan Penguatkuasa, Taktikal, Operasi dan Perlindungan (Protect) serta mengembangkan rangkaian perisikan.

Dalam usaha memulihkan hutan, beliau berkata, kira-kira 10,000 hektar tanah, kebanyakannya di tengah Sabah, yang terdiri daripada kawasan pendalaman dan daerah Tenom, Tambunan serta Keningau akan dijadikan Hutan Simpan Kelas 1.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan