Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,697

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Sabah akan terus maju dalam Malaysia

9:35am 17/09/2016 Leolerry Lajius 256 views Kota Kinabalu,Tempatan,YB Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin

img-20160917-wa0000

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri akan terus memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat dan Negeri Sabah dengan menggunakan pendekatan yang tersendiri.

Menurut Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman, telah terbukti bahawa setiap perkara yang telah dibangkitkan menerusi perbincangan dan rundingan berkaitan dengan hak dan kepentingan negeri ini telah banyak membuahkan hasil dan kejayaan.

“Dalam konteks penurunan kuasa pula, ia telah pun dilaksanakan secara berperingkat. Kerajaan Persekutuan memahami hasrat Kerajaan Negeri dan rakyat negeri ini tentang perkara yang melibatkan kuasa-kuasa negeri yang perlu diperturunkan,”katanya ketika menyampaikan ucapan sempena Majlis Sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeri Sabah, di sini, kelmarin.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin.

Beliau turut menyatakan, berdasarkan sejarah dan fakta, tiada siapa pun boleh menafikan bahawa menerusi kemerdekaan dan penubuhan Malaysia, ia telah membawa manfaat yang besar kepada rakyat dan negeri ini.

“Dalam bidang politik dan pentadbiran, kita telah dapat membentuk sebuah kerajaan yang kuat dengan didokong oleh mandat rakyat, seterusnya mewujudkan kestabilan politik dan sistem pentadbiran yang cekap,”katanya.
Tambah beliau, menjamin kesejahteraan dan meningkatkan sosio ekonomi rakyat merupakan antara agenda pembangunan yang menjadi teras dan tumpuan kerajaan.

“Hakikatnya, keadaan hidup rakyat sekarang jauh lebih baik berbanding semasa awal kemerdekaan dan penubuhan Malaysia.”

“Kadar kemiskinan telah menurun hasil kejayaan program-program pembasmian kemiskinan di seluruh negeri dan bilangan anak-anak Sabah yang mendapat pendidikan di peringkat tinggi juga telah meningkat dengan begitu ketara,”katanya.

Tahun ini merupakan tahun ke-7 Hari Malaysia dirayakan secara rasmi di peringkat nasional dan sambutan Hari Malaysia peringkat kebangsaan pada tahun ini diadakan di Sarawak.

Majlis itu turut dihadiri oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Datuk Haji Mahiruddin dan isteri Toh Puan Datuk Seri Panglima Hajah Norlidah Tan Sri Datuk R.M.Jasni, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Raymond Tan Shu Kiah, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Haji Syed Abas Syed Ali, Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Malaysia, Datuk Haji Tawfiq Datuk Seri Panglima Abu Bakar Titingan, jemaah kabinet negeri dan tetamu khas.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Yahya (enam dari kiri) bersama Tun Juhar dan tetamu lain pada sambutan Hari Malaysia peringkat negeri 2016.

Yahya (enam dari kiri) bersama Tun Juhar dan tetamu lain pada sambutan Hari Malaysia peringkat negeri 2016.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan