Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sabah akan bantu Muhammad Firdaus

jainabbantu

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah akan membantu Muhammad Firdaus Dullah, remaja kurang upaya yang ditemui dalam keadaan terabai di Flat Taman Semarak, Nilai, Negeri Sembilan baru-baru ini.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata bantuan akan diberi mengikut keperluan remaja berusia 15 tahun itu yang merupakan anak jati Sabah.

“Kesempitan hidup ibu Firdaus tidak harus dijadikan alasan untuk membiarkan anak OKU dalam keadaan sedemikian,” katanya ketika merasmikan Program Bengkel

Kemahiran Keibubapaan Taska dan Tabika Kemas peringkat Parlimen Sepanggar di Dewan Serba guna Kampung Unggun, Sepanggar, dekat sini hari ini.

Sehubungan itu,  beliau meminta masyarakat agar sentiasa membuka mata, telinga dan hati untuk melaporkan masalah sedemikian kepada pihak berwajib bag membolehkan penyaluran bantuan yang sewajarnya.

Jainab yang juga Adun Karambunai turut menyeru ibu bapa agar memberi sepenuh kasih sayang kepada anak-anak terutama golongan kurang upaya.

Selain itu katanya, ibu bapa juga harus memastikan anak-anak mereka memperoleh pendidikan sewajarnya termasuk menghantar mereka mengikuti pengajian prasekolah seperti di Tabika Kemas yang turut menyediakan makanan berkhasiat.

Komen


Berita Berkaitan