Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sabah Adalah Satu Pertiga Dari Malaysia – RAFIZI

Calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli (tengah) ketika hadir pada Majlis Makan Malam dan Pelancaran Tabung Reformasi 20 Tahun di Dewan Hakka, Kota Kinabalu. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

 

KOTA KINABALU: Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli menggesa kepimpinan era Malaysia baharu hari ini dibawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH) agar mengiktiraf Sabah sebagai salah satu daripada tiga gabungan yang membentuk Malaysia.

Ujar calon Timbalan Presiden PKR itu lagi, pihaknya mahu memastikan Kerajaan Persekutuan di Putrajaya benar-benar menghormati Sabah dan Sarawak sebagai gabungan yang membentuk Malaysia dan bukannya salah satu daripada 13 buah negeri dalam Malaysia.

“Perkara ini lebih penting daripada sama ada Putrajaya akan melantik Timbalan Perdana Menteri daripada Sabah dan Sarawak untuk diberikan kuasa dan autonomi kerana keutamaan yang kita mahukan ialah agihan (kekayaan) kepada dua negeri ini mestilah lebih.

Calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli pada sidang media selepas Majlis Makan Malam dan Pelancaran Tabung Reformasi 20 Tahun di Dewan Hakka, Kota Kinabalu. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

“Maksudnya dari segi agihan, peruntukan, tumpuan, keutamaan dan kepentingan sudah tentu meletakkan Sabah tidak boleh dilayan seolah-olah salah satu daripada 14 buah negeri,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri makan malam sempena sambutan ulang tahun #Reformasi20Tahun di Dewan Hakka Kota Kinabalu, malam tadi.

Rafizi yang dibenarkan semula masuk ke negeri ini setelah empat tahun diharamkan menjejakkan kaki ke Sabah, telah mengadakan lawatan di Sandakan dan Tawau, kelmarin dalam jejak kempen beliau.

Katanya, agak mengejutkan apabila Tawau yang merupakan bandar ketiga paling besar di Sabah agak ketinggalan daripada segi kemajuan berbanding beberapa bandar di Semenanjung yang lebih kecil tetapi mempunyai kemudahan infrastruktur dan jalan raya lebih baik.

“Yang paling penting ialah Sabah diberikan keutamaan kerana sebelum ini Sabah adalah negeri yang buat sekian lamanya telah diketepikan oleh Putrajaya semasa pemerintahan kerajaan terdahulu.

“Dahulu masa UMNO dan Barisan Nasional (BN), walaupun Perdana Menteri dan Ketua Menteri daripada UMNO, tetapi mereka berkonsi kekayaan itu sesama mereka. Wang Sabah banyak tetapi kita tidak nampak.

“Jadi prinsipnya, kita perlu pastikan Kerajaan Persekutuan di Putrajaya hari ini menghormati kedudukan Sabah dan Sarawak dan memberikan layan adil terhadap negeri ini,” katanya. –Oleh Sitti Nor Azizah Talata/SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan