Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

RUU Cukai Perkhidmatan 2018 diluluskan

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat, hari ini meluluskan Rang Undang-undang Cukai Perkhidmatan 2018 selepas bacaan kali kedua oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof, mengumumkan RUU menggantikan Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) itu diluluskan tanpa pindaan menerusi undi sebulat suara.

RUU itu dibentang untuk bacaan kali ketiga oleh Guan Eng dan disokong Timbalannya, Datuk Amiruddin Hamzah.

Ketika membentangkan RUU terbabit, Guan Eng berkata, kadar akan dikenakan bagi Cukai Perkhidmatan adalah enam peratus.

Beliau berkata, pelaksanaan cukai perkhidmatan yang baharu akan mengekalkan model dan skop berasaskan Akta Cukai Perkhidmatan 1975 yang dimansuhkan apabila GST dilaksanakan pada 2015.

“Secara khusus, hanya 43.5 peratus jumlah perkhidmatan akan dikenakan cukai pada kadar enam peratus berbanding 64.8 peratus perkhidmatan yang dikenakan GST pada kadar sama,” katanya.

Sementara itu, ketika menggulung perbahasan, Guan Eng berkata, kadar cukai enam peratus yang ditetapkan akan menjimatkan perbelanjaan kerajaan Persekutuan, negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) sebanyak enam peratus.

“Ketika GST dilaksanakan, kerajaan negeri dan PBT terpaksa membayar cukai enam peratus untuk projek pembangunan, namun menerusi Cukai Perkhidmatan, tidak perlu bayar lagi.

“Ini berita baik kepada semua kerajaan negeri termasuk yang ditadbir pembangkang kerana tidak perlu membayar cukai enam peratus bagi setiap projek pembangunan bina jalan, bangunan atau longkang.

“Ini penjimatan bagi kerajaan Persekutuan, negeri dan PBT yang boleh digunakan untuk melaksanakan projek pembangunan,” katanya. – BH Online

Komen


Berita Berkaitan