Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,733

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Russia, Syria sasar hospital

9:57am 10/06/2016 Pak Roshan 9 views Global
GAMBAR yang dirakam kelmarin menunjukkan bayi Syria yang baru lahir dipindahkan kakitangan hospital kanak-kanak di Aleppo selepas ia menjadi sasaran pengeboman tentera Syria dan Russia.

GAMBAR yang dirakam kelmarin menunjukkan bayi Syria yang baru lahir dipindahkan kakitangan hospital kanak-kanak di Aleppo selepas ia menjadi sasaran pengeboman tentera Syria dan Russia.

Ankara: Turki semalam mengecam serangan udara Russia yang menyasarkan masjid, hospital, sekolah dan bangunan awam lain.

Dalam satu kenyataannya, Kementerian Luar Turki berkata, serangan udara Russia sejak beberapa lalu menyasarkan hospital di Aleppo dan menyifatkan tindakan itu sebagai tidak berperi kemanusiaan.

Sementara itu, di Aleppo, seorang pakar perubatan kanak-kanak berkata, jururawat di sebuah hospital di bandar berkenaan bergegas menyelamatkan sembilan bayi baru lahir selepas hospital itu menjadi sasaran pengeboman besar-besaran Russia, kelmarin.

Ketua Hospital Kanak-Kanak Al-Hakim, Dr Hatem berkata: “Ia saat paling teruk. Jururawat kami bertungkus lumus membawa bayi itu ke besmen.”

Sekurang-kurangnya 15 orang awam terbunuh apabila pesawat Russia dan kerajaan Syria mengebom kawasan yang menempatkan tiga hospital di bahagian Aleppo yang dikuasai kumpulan penentang.

Hatem yang enggan mendedahkan nama penuhnya berkata, pihaknya bimbang bayi itu mati akibat tersedut habuk.

“Kami memang menjangka hospital ini akan menjadi sasaran pengeboman. Dan ia berlaku hari ini (kelmarin).

“Kini hanya tinggal 18 inkubator di timur Aleppo,” katanya.

Pemilik hospital, Persatuan Doktor Bebas berkata, semua bayi di hospital itu selamat tetapi hospital itu tidak boleh digunakan lagi.

“Saya mahu setiap pemimpin bayangkan kanak-kanak di hospital ini anak mereka. Apa sahaja yang akan mereka lakukan untuk menyelamat anak mereka daripada dibom, mereka perlu lakukan untuk kanak-kanak ini,” kata Hatem. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan