Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,655

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Russia kecam kartun hina pesawat terhempas

9:38am 07/11/2015 Pak Roshan 5 views Global
The front page of the new issue of satirical French weekly Charlie Hebdo entitled is displayed at a kiosk in Nice

gambar hiasan

Moscow: Kremlin semalam mengecam majalah satira Charlie Hebdo kerana menerbitkan karikatur mengenai nahas pesawat Metrojet yang meragut 224 nyawa, majoritinya pelancong Russia.

“Di negara kami, hanya ada satu perkataan boleh menggambarkan tindakan ini iaitu penghinaan,” kata jurucakap Presiden Vladimir Putin, Dmitry Peskov.

“Ini tiada kena mengena dengan demokrasi atau kebebasan bersuara,” tegasnya.

Menurutnya, penerbitan karikatur oleh majalah Perancis itu sebagai tidak boleh diterima tetapi Russia tidak akan membuat aduan rasmi.

Satu karikatur yang disiarkan menunjukkan serpihan pesawat dan mayat manusia jatuh dari langit terus ke dakapan militan Negara Islam (IS).

‘Serangan bom oleh pesawat Russia,’ menurut kapsyen gambar itu yang merujuk kempen serangan udara terhadap IS di Syria.

Satu lagi karikatur menunjukkan satu tengkorak memakai cermin mata hitam yang berlatar belakangkan pesawat terhempas.

Gambar itu mempunyai tajuk: ‘Bahaya penerbangan tambang murah Russia.’

Pada Januari lalu, beberapa lelaki bersenjata menembak mati 12 orang termasuk kartunis dalam satu serangan di pejabat Charlie Hebdo kerana menerbitkan karikatur menghina Islam. – AFP/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan