Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,642

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Perodua Rusa terbabas, empat cedera

8:01pm 14/07/2016 Leolerry Lajius 738 views Berita Pilihan,Keningau,Mutakhir,Tempatan
Keadaan kenderaan mangsa yang terbabit dalam kejadian berkenaan.

Keadaan kenderaan mangsa yang terbabit dalam kejadian berkenaan.

KENINGAU: Empat orang penumpang kenderaan jenis Perodua Rusa mengalami kecederaan ringan selepas kenderaan yang dinaiki mangsa terbabit dalam satu kejadian kemalangan jalan raya yang berlaku Batu 16 Jalan Sook, di sini, petang tadi.

Mangsa mengalami kecederaan selepas kenderaan yang dinaiki mangsa terbabas dengan sendiri ke bahu jalan.

Pihak bomba telah menerima panggilan mengenai kejadian berkenaan pada jam 3.51 petang dan tiba di lokasi kejadian sejauh 22 kilometer itu pada jam 4.16 petang.

Mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pihak bomba dan telah dihantar ke hospital oleh pihak ambulan untuk menerima rawatan lanjut.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Keadaan kenderaan mangsa yang terbabit dalam kejadian berkenaan.

Keadaan kenderaan mangsa yang terbabit dalam kejadian berkenaan.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan