Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Rundingan bebaskan mangsa culik giat dijalankan

Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim

KOTA KINABALU-Rundingan membebaskan empat orang lelaki tempatan yang diculik di perairan Pulau Ligitan, Semporna pada 1 April lalu masih diteruskan, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim.

Menurut Rashid, pihak kerajaan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) giat melakukan perundingan dengan pihak penculik.

“Saya berharap agar rundingan yang diadakan ini akan mencapai kejayaan,”katanya ketika ditemui pemberita semasa Pertandingan Menembak Sempena Peringatan Hari Polis Ke- 209 Tahun 2016, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, disini, hari ini.

Disamping itu, beliau berkata bahawa kesemua mangsa culik berada dalam keadaan yang baik dan selamat.

Tambahnya, pihak polis tidak mempunyai sebarang perancangan untuk membawa keluarga mangsa ke Filipina sehingga rundingan selesai.

Terdahulu, kesemua mangsa culik merupakan kru kapal tunda yang dalam perjalanan pulang ke tanah air setelah selesai membawa kayu balak ke Manila, Filipina.

Mereka dikenali sebagai Wong Hung Sing, 34, Wong Teck Kang, 31, Wong Teck Chii,29 dan Johnny Lau Jung Hien, 21. – Elezebeth Esther/SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan