Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Rundingan bebas mangsa culik tanpa bayaran wang tebusan

Dua warga Malaysia yang kini dijadikan tebusan di Selatan Filipina oleh kumpulan penculik sejak Mei lalu.
Dua warga Malaysia yang kini dijadikan tebusan di Selatan Filipina oleh kumpulan penculik sejak Mei lalu.

KOTA KINABALU – Pihak berkuasa Polis Filipina turut memberikan kerjasama dalam membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencari penyelesaian terbaik untuk membebaskan dua rakyat Malaysia yang diculik di Restoran Ocean King, Sandakan pada Mei lalu.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, PDRM juga telah meminta kerjasama pihak berkuasa Filipina untuk mengenalpasti kumpulan penculik di Selatan Filipina itu untuk menyerahkan mangsa culik berkenaan tanpa membabitkan pembayaran wang tebusan.

“Kita masih berbincang secara baik dan terperinci kerana keluarga mangsa culik berkenaan tidak mampu untuk membayar sejumlah wang tebusan yang diminta oleh kumpulan penculik terbabit,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin, di perkarangan Ibupejabat Polis Kontinjen Sabah di sini hari ini.

Menurutnya, kumpulan penculik itu pada awalnya telah meminta wang tebusan berjumlah RM60 juta sebagai pertukaran kedua-dua mangsa culik namun kumpulan berkenaan setuju mengurangkan jumlah berkenaan selepas beberapa kali rundingan diadakan.

“Kedua-dua mangsa culik itu berada dalam keadaan selamat dan berdasarkan panggilan telefon kepada keluarga, mangsa dipercayai berada di kawasan pedalaman selatan Filipina,” katanya lagi.

Dalam kejadian 7.45 malam Mei lalu, empat lelaki bersenjata menyerbu Restoran Ocean King di Sandakan dan menculik dua warga tempatan masing-masing seorang lelaki dan wanita yang dikenali sebagai Thien Nyuk Fun, 50, dan Bernard Then Ted Fen, 39.

– Oleh Nuzir Andi Samsiar / Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan