Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Rumahku reban ayamku

reban
BEKAS reban ayam yang menjadi ‘rumah’ Daeng Bollo di Kampung Patani, di Takalar, Sulawesi Selatan.

 

Pattallassang, Sulawesi Selatan: Seorang lelaki warga emas terpaksa tinggal dalam reban ayam bersama dua ekor kambing peliharaannya selepas dia “dibuang keluarga” sendiri.

Untuk memenuhi keperluan harian, Daeng Bollo, 75, menternak ayam sejak 10 tahun lalu apabila bantuan kerajaan tidak lagi diperolehnya.

Media tempatan melaporkan, setiap hari reban ayam seluas 2 x 3 meter itulah menjadi tempat Daeng Bollo berteduh.

Pada malam hari, kata media, Daeng Bollo tidur bersama ayam serta kambing peliharaannya.

Kata Daeng Bollo, reban ayam itu milik Awaluddin Rewa Daeng Siala.

“Sejak saya dibuang keluarga 30 tahun lalu, saya menumpang teduh di sini,” katanya.

Menurut penduduk setempat, mereka pernah beberapa kali menasihati Daeng Bollo supaya berpindah ke tempat lain.

Namun, cadangan itu ditolaknya.

Alasan Daeng Bollo – dia malu dan tidak mahu menyusahkan orang lain.

Ramai menawarkan diri menyediakan kediaman lain untuknya.

Dia juga tertanya-tanya mengapa bantuan bulanan daripada kerajaan terhenti sejak 2005.

“Entahlah. Jika mengikut syarat, semuanya sudah dipenuhi, tetapi masih belum nampak perubahan,” katanya. – Agensi

Komen


Berita Berkaitan