Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Rumah Yusof Haslam dipecah masuk

yusuof

RUMAH pengarah filem terkenal, Datuk Yusof Haslam dilaporkan dipecah masuk malam tadi.

Insiden kira-kira jam 2.30 pagi itu disedari Yusof yang sedang menonton televisyen.

Beliau terdengar jeritan pembantu rumahnya yang berada di tingkat bawah.

Menurut laporan yang memetik sumber polis itu, selepas terdengar jeritan pembantu rumahnya, mangsa terus ke bilik dan mengambil pistol lalu melepaskan tembakan amaran.

Difahamkan mangsa melepaskan dua lagi das tembakan di hutan berhampiran rumahnya kerana mengesyaki penjenayah melarikan diri ke kawasan itu.

Dalam insiden berkenaan, pintu grill rumah Yusof telah diumpil dan bilik di tingkat empat rumahnya didapati berselerak.  Barang yang hilang masih belum dikenal pasti.

Komen


Berita Berkaitan