Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Rumah Yang Musnah Akibat Kebakaran Di Semporna Akan Dibina Baharu

11122_10152689503232019_1174531561019374290_n

KEMAMAN : Anggota Parlimen Semporna Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menegaskan semua rumah atas air yang musnah dalam kebakaran di Kampung Bangau-Bangau awal pagi tadi akan dibina semula.

Beliau yang sedih dengan tragedi itu berkata pembinaan semula rumah mangsa adalah menerusi peruntukan yang akan disediakan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Saya bersimpati dengan dengan apa yang berlaku di kawasan Kampung Bangau-Bangau, kami akan bina semula semua rumah yang musnah menerusi peruntukan MKN,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Cakna Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bersama warga Felcra Bhd di Felcra Seri Bandi di sini hari ini.

Awal pagi tadi, kira-kira 250 buah rumah atas air di Kampung Bangau-Bangau dekat Semporna, Sabah musnah dalam kebakaran kira-kira 2.02 pagi melibatkan kawasan seluas empat hektar dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.

Mohd Shafie berkata beliau memberi jaminan bekalan makanan dan bantuan kebajikan mangsa kebakaran itu adalah mencukupi dan ketika ini, mereka ditempatkan di dewan orang ramai untuk tempoh sementara waktu.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan