Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,663

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Rumah terbuka sempena hari natal daerah Papar

7:02pm 13/12/2015 Elezebeth Esther Onjining 187 views Tempatan
Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin

Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin

PAPAR- Masyarakat di daerah ini dijemput hadir ke majlis rumah terbuka sempena Hari Natal peringkat daerah pada 26 Disember, akan datang yang julung-julung kalinya diadakan.

Majlis tersebut akan berlangsung di Dewan Masyarakat, di sini dan bermula dari jam 10 pagi hingga 1 petang pada hari itu.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata bahawa program ini diadakan adalah untuk meraikan kepelbagaian agama dan adat resam di negeri ini yang salah satunya adalah Hari Natal.

“Sesuai dengan tema program kita pada tahun ini iaitu “Krismas Sebagai Pemangkin Perpaduan”, saya berharap agar Krismas kali ini dapat mengukuhkan lagi perpaduan sedia ada di negeri kita ini”, katanya kepada para media ketika sidang akhbar bersempena program Rumah Terbuka Krismas Peringkat Parlimen Papar, di sini.

Disamping itu, beliau juga berkata bahawa majlis rumah terbuka itu dijadikan sebagai salah satu pendekatan agar suasana harmoni dan kekeluargaan di negeri ini dapat dikekalkan.

Selain itu, pihak pelaksana juga akan menjemput anak-anak yatim dan anak-anak kurang upaya (OKU) untuk bersama-sama meraikan perayaan tersebut.

Pelbagai aktiviti dan persembahan telah disediakan untuk para pengunjung termasuklah nyanyian koir daripada ahli-ahli gereja yang terlibat, kehadiran Santa dan Santarina dan juga Krismas bufet. -Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan