Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Rumah terbuka Parlimen Beaufort Sabtu ini

beaufort openhouse

KOTA KINABALU – Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Azizah Mohd Dun akan mengadakan majlis rumah terbuka sempena Aidilfitri peringkat Parlimen Beaufort pada Sabtu ini.

Menurut kenyataannya hari ini, majlis rumah terbuka akan diadakan mulai pukul 8 pagi hingga 2 petang di Dewan Masyarakat Baru Beaufort.

Sempena dengan majlis itu, beliau berkata majlis tahlil MH17 peringkat daerah Beaufort akan turut diadakan.

Justeru, Azizah, yang juga Anggota Parlimen Beaufort, menjemput semua lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa, kaum dan agama ke majlis rumah terbuka berkenaan yang akan disambut dengan penuh kesederhanaan.

Komen


Berita Berkaitan