Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Rumah terbuka muzium Sabah disambut secara tradisi

Pengarah Jabatan Muzium Sabah Joanna Kitingan- foto Stenley / SayangSabah
Pengarah Jabatan Muzium Sabah Joanna Kitingan- foto Stenley / SayangSabah

KOTA KINABALU- Majlis rumah terbuka Hari Raya muzium Sabah disambut secara tradisi dengan mengadakan pertunjukkan pelbagai sukan tradisi seperti permainan sepak mangis, melastik, dan menyumpit.

Pengarah Jabatan Muzium Sabah, Joanna Kitingan berkata, pelbagai makanan tradisi juga disediakan disamping pengunjung yang datang turut dihiburkan dengan alunan muzik-muzik tradisi seperti Gambus dan Betitik.

Hidangan-hidangan dan persembahan seperti inilah yang biasanya disediakan sempena sambutan Hari Raya pada masa dahulu,” katanya ketika berucap pada majlis sambutan Hari Raya muzium Sabah, di sini hari ini.

Menurutnya, selaras dengan fungsi muzium maka pihak muzium berusaha untuk mendokumentasikan khazanah-khazanah sepert alat-alat tradisi yang biasanya hanya dimainkan sewaktu perkahwinan sahaja.

Dalam pada itu, beliau berkata sempena Hari Raya Aidilfitri, pada kesempatan inilah waktu yang sesuai untuk saling bermaaf-maafan dan mengukuhkan lagi persahabatan yang sedia terjalin.

Adalah menjadi harapan saya agar majlis hari ini memberi peluang kepada semua untuk saling merapatkan silaturahim sambil menikmati juadah yang disediakan,” katanya.- oleh Dewiana Tinggolongon / SayangSabah.

Komen


Berita Berkaitan