Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Rumah terbuka Aidilfitri pemimpin di Tawau meriah

Tawfiq (tengah) bersalaman dengan pengunjung yang hadir di majlis rumah terbuka beliau baru-baru ini. - foto Muahlim Lise / SayangSabah
Tawfiq (tengah) bersalaman dengan pengunjung yang hadir di majlis rumah terbuka beliau baru-baru ini. – foto Muahlim Lise / SayangSabah

TAWAU – Pemimpin dan wakil rakyat di Tawau dan Kalabakan di sini, tidak melepaskan peluang mengadakan majlis rumah terbuka setiap kali tibanya Aidilfitri.

Rata-rata, pada tahun ini mereka memilih untuk mengadakan majlis tersebut di kediaman masing-masing.

Sambutan orang ramai juga ternyata tidak mengecewakan apabila yang datang terdiri daripada rakyat berbilang agama dan bangsa.

Sambutan rumah terbuka Ahli Parlimen Kalabakan Datuk Abdul Ghapur Salleh di adakan pada sebelah pagi di kediamannya di Jalan Bunga Raya pada tiga syawal manakala sebelah malam pula pada hari yang sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan, mengadakan rumah terbuka di Dewan Yayasan Lau Gek Poh.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Jainab Ahmad turut mengadakan majlis rumah terbuka pada Hari Raya Aidilfitri dan ADUN Balung, Datuk Syed Abas Syed Ali.

Tidak ketinggalan ADUN Tanjong Batu Datuk Hamisa Samat turut mengadakan majlis rumah terbuka di kediamannya pada empat syawal.

Kemuncak sambutan majlis rumah terbuka UMNO Zon Enam melibatkan empat parlimen iaitu Tawau, Kalabakan, Silam dan Semporna turut dihadiri oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman yang diadakan di Dewan Masyarakat Tawau pada 23 Julai lalu. – oleh Muahlim Lise / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan