Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Rumah terbuka Aidilfitri Parlimen Sipitang 26 Julai, 1 Ogos

Sapawi merakamkan kenangan bersama Ahli Jawatankuasa Masjid Kampung Tuhu, Lupak di majlis tersebut
Sapawi merakamkan kenangan bersama Ahli Jawatankuasa Masjid Kampung Tuhu, Lupak di majlis tersebut

 

BEAUFORT – Orang ramai dijemput untuk menghadiri rumah terbuka Aidilfitri Parlimen Sipitang yang bakal diadakan di dua tempat berbeza iaitu di Dewan Kampung Lingkungan, Lumadan pada 26 Julai manakala di Dewan Sipitang, Sipitang pada 1 Ogos ini.

Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Sapawi Ahmad berkata, majlis itu dijangka dihadiri Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman.

“Kami menjemput rakyat untuk menghadiri kedua-dua majlis tersebut,” katanya ketika ditemui dalam program ziarah Ramadan di Masjid Batu 6, Lumadan dan Masjid Kampung Tuhu, Lupak, di sini semalam.

Sapawi berkata, majlis tersebut masing-masing bermula pada jam 10 pagi dan berakhir pada jam 1 petang.

Katanya, Aidilfitri merupakan antara pentas untuk rakyat negara ini bagi memperkukuhkan lagi perpaduan dan persefahaman yang ada dan istimewanya ia diraikan bersama rakyat Islam dan bukan Islam.

“Keistimewaan yang kita miliki dan inilah juga bukti perpaduan serta persefahaman rakyat di negara ini mampu diperkasakan melalui perayaan,” ujarnya. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan