Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

RUMAH TERBAKAR DI KAIDUAN PAPAR

Anggota bomba memadamkan kebakaran sebuah rumah dua tingkat di Kampung Kundasang Kaiduan, Papar. Gambar SNT/Ehsan Balai Bomba dan Penyelamat Papar

PAPAR: Sebuah rumah terbakar 80 peratus di Kampung Kundasang Kaiduan di sini hari ini.

Pegawai Bomba Kanan (PBK) 11 Hamdani Harith berkata, daripada kejadian itu, satu panggilan kecemasan diterima pada jam 8.47 pagi dan beliau bergegas bersama seramai lima orang pegawai Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) ke lokasi.

Beliau yang juga Ketua Operasi berkenaan mendapati kebakaran berkenaan melibatkan sebuah rumah jenis separuh kekal dua tingkat dengan keluaran 30 X 24 meter.

“Pasukan bomba bertindak memadamkan kebakaran dan operasi terkawal pada jam 9.22 pagi.

“Operasi tamat sepenuhnya pada jam 10.35 pagi dan tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya dalam satu kenyataan. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan