Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,499

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Rumah terbakar, bayi lapan bulan melecur

10:46am 31/10/2016 Leolerry Lajius 1356 views Lahad Datu,Tempatan

LAHAD DATU: Seorang bayi dan seorang wanita cedera selepas rumah mangsa terbabit dalam satu kejadian kebakaran yang berlaku di Kampung Buang Sayang, di sini, pagi tadi.

Mangsa Gaireil Bin Lapiga, lapan bulan melecur di bahagian tangan dan Waasi Binti Laali, 50, melecur di bahagian muka dan tangan dalam kejadian yang memusnahkan rumah jenis tidak kekal berukuran 30 kaki lebar dan 50 kaki panjang berkenaan.

Pihak bomba telah menerima panggilan mengenai kejadian yang turut melibatkan sebuah kereta jenis Toyota berkenaan pada jam 8.53 pagi dan tiba di lokasi kejadian sejauh 14 kilometer itu pada jam 9.09 pagi.

Operasi yang diketuai oleh PPgB Mohd Apandi Mahmood bersama lapan orang anggota itu berjaya dikawal pada jam 9.22 pagi.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Rumah dan kenderaan yang musnah dalam kejadian berkenaan.

Rumah dan kenderaan yang musnah dalam kejadian berkenaan.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan