Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,662

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Rumah tentera hampir musnah dalam kebakaran

4:03pm 30/01/2016 Leolerry Lajius 12 views Tempatan

 

SANDAKAN: Satu blok rumah empat pintu separuh kekal hampir musnah apabila terlibat dengan kejadian kebakaran yang berlaku di Kem 22 Batu 7 kelmarin.

Setibanya pasukan bomba di tempat kejadian selepas menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 12.57 tengahari, rumah tentera dengan keluasan 30 kaki lebar dan 80 kaki panjang telah terbakar 60%.

Operasi yang diketuai oleh PKPgB Norazizi Che Noh dengan kekuatan 12 orang anggota tersebut berjaya mengawal api dari merebak pada jam 1.39 petang.

Tiada mangsa yang dilaporkan terlibat dalam kejadian tersebut. –Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan