Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Rumah setinggan didiami warga tempatan dirobohkan

ANGGOTA penguatkuasa Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) melakukan tugas perobohan ketika Operasi berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: Sebanyak 30 buah rumah setinggan yang didiami oleh warga tempatan terletak  di Jalan Pinggir, Bukit Bendera, di tengah-tengah bandaraya dirobohkan dalam satu operasi pagi tadi

Penduduk yang mendiami kawasan berkenaan datang dari Kudat, Pitas, Tandek, Kota Marudu yang mana majoriti mereka adalah berbangsa rungus manakala selebihnya adalah dusun dan murut dari Keningau.

Menurut Pembantu Penguatkuasa, Jabatan Penguatkuasaan DBKK, Mohd Romzi Musa, notis arahan untuk mengosongkan kawasan berkenaan telah dikeluarkan padan 17 Februari dan notis perobohan pada April tahun lalu namun penduduk masih enggan berpindah.

“Penduduk yang tinggal di kawasan ini bekerja di sekitar bandaraya ini namun oleh kerana tidak mempunyai tempat tinggal, mereka membina rumah di kawasan ini.”

“Operasi ini melibatkan seramai lebih 50 orang penduduk yang telah tinggal hampir 20 tahun di kawasan ini,”katanya ketika ditemui ketika operasi berkenaan.

Jobi Mojita

Sementara itu menurut salah seoarang wakil penduduk Jobi Mojita,61, yang mendakwa telah tinggal di kawasan berkenaan sejak 43 tahun yang lalu, rayuan untuk mendapatkan tempat perpindahan penduduk di sekitar kawasan berkenaan telah diluluskan namun rumah berkenaan masih belum siap sepenuhnya.

“Kami ada membuat permohonan perpindahan dan ketika ini rumah berkenaan iaitu di bawah Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang terletak di Kibabaig, Minintod Penampang telah 95 peratus siap.”

“Rumah PPR berkenaan dijangka siap sepenuhnya pada bulan April tahun ini dan kami ada membuat rayuan agar tinggal di rumah ini sehingga rumah PPR berkenaan siap sepenuhnya,’katanya.

Seramai 25 anggota daripada beberapa agensi seperti Jabatan Tanah dan Ukur, Jabatan Air Negeri Sabah, polis dan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) terbabit dalam operasi perobohan itu.-Oleh Leolerry Lajius/SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan