Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,750

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Rumah sembelihan harimau

9:28am 08/06/2016 Pak Roshan 134 views Global
SEORANG anggota polis berkawal berhampiran sangkar yang menempatkan seekor harimau di rumah penyembelihan di daerah Saiyok semalam.

SEORANG anggota polis berkawal berhampiran sangkar yang menempatkan seekor harimau di rumah penyembelihan di daerah Saiyok semalam.

Bangkok: Polis Thailand semalam menyerbu premis dipercayai rumah sembelihan harimau yang mempunyai kaitan dengan sebuah kuil kontroversi dan sindiket penyeludupan haiwan terancam berkenaan.

Serbuan itu susulan siasatan terhadap kuil di wilayah Kanchanaburi dikenali sebagai Kuil Harimau dan popular dalam kalangan pelancong.

Pada minggu lalu, pihak berkuasa memindahkan lebih 137 harimau dari kuil berkenaan dan menemui 40 anak harimau yang mati di dalam peti sejuk beku.

Jurucakap polis, Montri Pancharoen berkata, polis menyerbu rumah yang terletak 50 kilometer dari kuil berkenaan dan menemui empat harimau yang masih hidup serta berpuluh sangkar kosong.

“Penyiasat percaya, kediaman yang terletak di kawasan terpencil dan dikelilingi pagar tinggi itu dijadikan tempat simpanan dan rumah sembelihan.

“Kami percaya, kediaman ini digunakan pihak Kuil Harimau untuk menyimpan dan menyembelih harimau bagi mendapatkan kulit, daging dan tulang haiwan itu.

“Anggota haiwan ini kemudian dieksport ke luar negara atau dihantar ke restoran di Thailand bagi dijadikan hidangan kepada pelancong,” katanya.

Ujarnya, kediaman itu lengkap dengan tempat memotong daging dan polis turut menemui pelbagai jenis pisau pemotong.

Polis menahan dua pekerja yang mendakwa harimau itu haiwan peliharaan pemilik kediaman berkenaan.

“Kuil Harimau itu mungkin satu titik permulaan atau pembekal harimau.

“Kami mendapat maklumat bahawa Kuil Harimau ini bukan satu-satunya lokasi yang membekalkan harimau kepada sindiket penyeludupan haiwan,” jelasnya. – AP/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan