Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,687

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Rumah saya telah dirobohkan oleh pihak penguatkuasa

9:08am 27/05/2016 Leolerry Lajius 3037 views Jenayah,Tempatan
Joannes (kiri) bersama penguatkuasa yang turut serta dalam operasi berkenaan dan turut kelihatan seorang gelandangan yang ditemui tidur di pondok berkenaa.

Joannes (kiri) bersama penguatkuasa yang turut serta dalam operasi berkenaan dan turut kelihatan seorang gelandangan yang ditemui tidur di pondok berkenaan.-Gambar oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: “Rumah saya telah dirobohkan oleh pihak penguatkuasa dan saya terpaksa tidur di sini. “

Demikian ungkapan salah seorang gelandangan yang mendakwa telah sebulan tidur di kawasan Padang Merdeka Kota Kinabalu ketika ditanya oleh pihak penguatkuasa ketika OPS Gelandangan yang dilaksanakan di sekitar bandaraya Kota Kinabalu, semalam.

Gelandangan tersebut yang berumur dalam lingkungan 30-an turut membawa plastik yang mengandungi gam serta pakaian.

Ketika operasi berkenaan seramai 32 orang gelandangan telah ditahan untuk didokumentasi di bangunan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu sebelum dibuat tindakan yang selanjutnya.

Tahanan itu melibatkan 17 orang lelaki warganegara, 3 orang perempuan warganegara, seorang lelaki bukan warganegara, 3 orang perempuan bukan warganegara serta masing-masing  4 orang kanak-kanak lelaki dan perempuan warganegara.

Dalam operasi itu juga, seramai empat orang lelaki  yang berumur 16, 17,19 dan 21 tahun juga turut didapati positif dadah.

Menurut Ketua Pengarah DBKK Joannes Solidau, operasi yang diadakan pertama kali bagi tahun ini bertujuan untuk menyelesaikan masalah gelandangan di samping untuk membantu golongan itu.

“Kita bukan mahu menyusahkan mereka tetapi kita ingin membantu mereka dengan menempatkan mereka di rumah kebajikan jika perlu dan juga pemberian bantuan-bantuan lain.”

“Operasi ini akan diteruskan di masa akan datang kerana kita melihat ia satu usaha yang baik sebagai platform untuk membantu golongan ini kerana masalah ini turut melibatkan warganegara, “katanya.

Seramai 127 orang anggota daripada 10 agensi yang terlibat dalam operasi berkenaan yang melibatkan penahanan gelandangan seawal usia 7 tahun hingga 68 tahun. –Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan