
PENAMPANG: Sebuah rumah milik seorang warga emas yang tinggal sendirian hampir musnah selepas terbabit dalam kebakaran yang berlaku di Jalan Sugud, Kampung Titanah.
Pihak bomba telah menerima panggilan mengenai kejadian kebakaran rumah milik Jupilon @Clarence Bin Malijol, 60, itu pada jam 1.40 petang tadi dan tiba di lokasi kejadian sejauh 7 kilometer itu pada jam 1.52 petang.
Menurut maklumat dari pihak bomba, saksi menyatakan bahawa kebakaran bermula daripada bilik tidur rumah mangsa namun punca sebenar masih dalam siasatan.
Kebakaran melibatkan sebuah rumah PPRT jenis kekal berukuran 32 kaki lebar dan 25 kaki panjang itu terbakar 80% dan pihak bomba telah menggunakan 1 pancutan, 1 aliran 100′ dan sumber air daripada jentera untuk memadam kebakaran.
Tiada mangsa yang dilaporkan terlibat dalam kejadian tersebut.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah