Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Rumah, Perodua dan Motorsikal musnah dalam kebakaran

KUALA PENYU: Sebuah rumah musnah selepas terbabit dalam satu kejadian kebakaran yang berlaku di Kampung Purun Ulu, di sini, petang tadi.

Kejadian yang memusnahkan rumah dengan keluasan 60 kaki lebar dan 40 kaki panjang itu turut melibatkan sebuah kenderaan jenis Perodua dan sebuah motorsikal yang turut musnah dalam kejadian berkenaan.

Pihak bomba telah menerima panggilan mengenai kejadian berkenaan pada jam 4.39 petang dan tiba di lokasi kejadian sejauh tujuh kilometer itu pada jam 4.53 petang.

Operasi yang melibatkan seramai tujuh orang anggota itu tamat pada jam 5.46 petang.

Tiada mangsa yang dilaporkan mengalami kecederaan dalam kejadian berkenaan.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Komen


Berita Berkaitan