Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Rumah Pengarah Kesihatan Sabah dimasuki pencuri

kesihatansabah

KOTA KINABALU: Pengarah Kesihatan Sabah Dr Christina Rundi, kerugian kira-kira RM15,000 apabila rumahnya di Taman Tuan Huatt, Jalan Kepayan Ridge, di sini, pagi tadi, dimasuki pencuri.

Difahamkan, ketika kejadian, mangsa tiada di rumah kerana berada di Semenanjung atas urusan kerja.

Kejadian hanya disedari jiran mangsa kira-kira jam 10 pagi tadi yang melihat pintu rumah mangsa terbuka sebelum menghubungi pengarah terbabitdan mangsa hanya membuat laporan polis kira-kira jam 9.40 malam tadi, sebaik tiba di Kota Kinabalu.

Siasatan awal mendapati, penjenayah dipercayai memanjat pagar hadapan rumah mangsa lalu mengumpil geriji besi sebelum melarikan beberapa barangan kemas dan barangan berharga lain. -Photo : hmetro.com.my

Komen


Berita Berkaitan