Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Rumah pekerja musnah dalam kebakaran

Kedaan rumah yang musnah dalam kejadian  berkenaan.
Kedaan rumah yang musnah dalam kejadian berkenaan.

TAMBUNAN: Sebuah rumah pekerja musnah apabila terbabit dalam satu kejadian kebakaran yang berlaku di Kampung Inobong di sini, petang tadi.

Pihak bomba telah menerima makluman mengenai kejadian berkenaan pada jam 6.08 petang dan tiba di lokasi kejadian pada jam 6.18 petang.

Pihak bomba menggunakan operasi 1 aliran dan 2 pancutan sumber air daripada tangki jentera untuk memadam kebakaran rumah yang berkeluasan 10 kaki lebar dan 20 kaki panjang berkenaan.

Operasi yang melibatkan seramai sembilan orang anggota itu tamat pada jam 7.10 petang.

Tiada mangsa yang dilaporkan cedera dalam kejadian berkenaan.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Komen


Berita Berkaitan