Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Rumah Pekerja Ladang Kelapa Sawit Sapi Plantation 2 Musnah Terbakar

gambar hiasan
gambar hiasan
BELURAN : Sebuah rumah pekerja empat pintu di Ladang Sapi Plantation 2 musnah dalam kebakaran hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan Rosemedian Majid berkata tujuh anggota bomba termasuk ketua operasi bersama sebuah jentera dihantar ke tempat kejadian sejauh 76 kilometer dari Kinabatangan sebaik menerima panggilan pada pukuk 8.23 pagi.

Katanya ketika bomba tiba, api telah memusnahkan keseluruhan rumah pekerja itu.

Bagaimanapun pekerja dan anggota keluarga mereka yang tinggal di rumah terbabit sempat menyelamatkan diri, katanya ketika dihubungi, Bernama.

Beliau berkata api dapat dikawal pada pukul 9.44 pagi dan padam sepenuhnya pada pukul 11.36 pagi.

Rosmedian berkata punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

— BERNAMA

 

Komen


Berita Berkaitan