Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

RUMAH PEKERJA JENIS KEKAL 12 PINTU TERBAKAR

Anggota bomba Tawau memeriksa rumah pekerja jenis kekal 12 pintu yang terbakar. – Gambar SNT/Ihsan Bomba

TAWAU: Rumah pekerja jenis kekal 12 pintu terbakar di kawasan ladang sawit di Jalan Kalabakan, awal pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Sabah menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 4.37 pagi.

Ketua Balai Bomba Tawau, Sharudy Delamin berkata seramai 10 anggota yang diketuai Pegawai Bomba Kanan Dua, Alipoldo Timbang bergegas ke lokasi kejadian dengan menggunakan dua jentera.

“Bagaimanapun, api berjaya dikawal sepenuhnya kira-kira pukul  7.06 pagi,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Sharudy berkata, kebakaran tidak melibatkan sebarang kecederaan dan kematian manakala punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. – SabahNewsToday 

Komen


Berita Berkaitan