Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Rumah papan musnah dijilat api

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

TAWAU – Sebuah rumah papan tidak berpenghuni musnah dalam kejadian kebakaran membabitkan sebuah rumah di kawasan perumahan Taman Ria 1 di sini pagi tadi.

Walau bagaimanapun, Timbalan Ketua Bomba dan Penyelamat Tawau, Faizal Ahmad mengesahkan tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tersebut yang berlaku pada pukul 10 pagi.

“Kami bergegas ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan pukul 10 pagi dan tiba enam minit kemudian dengan dua utiliti bersama 24 anggota. Sebaik sahaja anggota bomba sampai, rumah tersebut musnah teruk dan kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya setengah jam kemudian,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu dalam kes berasingan, pihaknya menerima panggilan kebakaran panel suis utama di sebuah bengkel kilang papan iaitu Slim Ponpon, Pasir Putih di sini pada pukul 12.08 tengahari dengan dua jentera bomba bersama 12 anggota.

Katanya, setibanya bomba di lokasi kejadian api berjaya dipadamkan oleh orang awam dan operasi memadamkan kebakaran itu pukul 12.34 tengahari. – oleh Masani Sandan / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan