Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,823

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Rumah panjang dibina untuk mangsa kebakaran Kg Balantos

1:35pm 31/12/2015 Ann Vivien 72 views Berita Pilihan,Isu Semasa,Tempatan
 Ghani (berdiri tengah) bersama rombongan bergambar dengan penduduk kampung selepas gotong-royong itu.

Ghani (berdiri tengah) bersama rombongan bergambar dengan penduduk kampung selepas gotong-royong itu.

NABAWAN: Penduduk Kampung Balantos Pagalungan kira-kira 80 kilometer dari sini yang dirundung malang apabila rumah panjang mereka musnah dalam kebakaran pada penghujung bulan Oktober 2015 kini merasa gembira apabila mendapat isyarat lampu hijau pembinaan semula rumah panjang di kampung itu.

Rumah Panjang di Kampung itu bakal didirikan tidak lama lagi melalui peruntukan Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW)

Ketua Bahagian Umno Pensiangan Datuk Abdul Ghani Datuk Yassin berkata, kerja-kerja pembinaan dijangka akan dimula awal tahun 2016 sebaik sahaja mendapat peruntukkan daripada KKLW sejumlah lebih kurang RM300,000.

Katanya, Menteri KKLW telah bersetuju menyalurkan peruntukan untuk pembinaan rumah panjang Kg. Balantos yang musnah dalam kebakaran baru-baru ini.

Bercakap kepada media selepas gotong-royong bersama masyarakat desa anjuran Umno Bahagian Pensiangan bersama dengan Pergerakan Wanita, Pemuda, Puteri Umno Bahagian itu dan Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Masyarakat Daerah Nabawan di Kampung Balantos pada Rabu, Ghani berkata, dengan adanya pembinaan rumah panjang yang baharu itu nanti akan memberi keselesaan kepada lebih lebih kurang 20 buah keluarga di kampung itu.-Oleh Kalawon Sawing/Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan