Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Rumah ‘paling kecil di dunia’ berharga RM1.43 juta

rumah

LONDON – Sebuah rumah yang dianggap sebagai rumah ‘paling kecil di dunia’ yang terletak di kejiranan Islington di utara London bakal dijual pada harga AS$450,000 (RM1.43 juta), lapor New York Daily News kelmarin.

Rumah dengan sebuah bilik tidur, dapur dan sebuah bilik air itu terletak di kawasan kejiranan terkenal di London yang mana harga hartanah di lokasi itu melambung pada setiap tahun.

Kediaman tersebut sangat kecil sehingga bilik tidur dibina di atas dapur dan pemiliknya perlu menaiki tangga kecil untuk ke ruang berkenaan.

Seorang ejen jualan rumah berkenaan berkata, hartanah itu sangat unik dan baru sahaja dibina serta dijual di pasaran.

“Ini mungkin rumah paling kecil di dunia tetapi harganya sangat berpatutan di lokasi ini,” katanya.

Harga hartanah di Islington telah meningkat sebanyak 20 peratus sejak beberapa tahun lalu. – Agensi

Dilengkapi Ruang Tidur Di Bahagian atas
Dilengkapi Ruang Tidur Di Bahagian atas

 

bahagian ruang tamu dan dapur yang comel
bahagian ruang tamu dan dapur yang comel

 

dilengkapi dengan tandas
dilengkapi dengan tandas

Komen


Berita Berkaitan