Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Rumah nenek terbakar, tong gas meletup

rumahnenekterbakar

JERTEH: Rumah kedai yang didiami seorang warga emas terbakar apabila tong gas memasak yang sedang digunakannya meletup di Kampung Apal dekat sini, pagi tadi.

Ketika kejadian 11.30 pagi itu, Esah Ghani, 70, sedang memasak makanan sebagai persediaan untuk dijual kepada pelanggan berbuka puasa.

Dipercayai paip penyambung pada tong gas telah disambar api hingga menyebabkan sebuah tong gas turut meletup.

Zuraida Ibrahim, 41, berkata, dia terkejut apabila mendengar letupan kecil dari rumah neneknya yang terletak bersebelahan rumahnya.

“Apabila menjenguk keluar, saya dapati rumah nenek tiri saya itu sedang dijilat api dan dia sempat menyelamatkan diri.

“Api merebak dengan cepat hingga hingga menyebabkan keseluruhan rumahnya termasuk televisyen, peti sejuk dan mesin basuh tidak dapat diselamatkan,” katanya kepada pemberita.

Ketua Balai Bomba Jerteh, Penolong Penguasa Bomba Mustafa Ismail berkata, pihaknya yang menghantar 11 anggota dengan dua jentera sempat mengawal kebakaran daripada merebak ke rumah berdekatan.

Anggota Dewan Undangan Negeri Jabi, Iskandar Jaafar turut melawat rumah mangsa.

Komen


Berita Berkaitan