Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Rumah musnah kebakaran, ibu tunggal, dua anak tinggal sehelai sepinggang

Beginilah keadaan rumah ibu tunggal di Kampung Lima Nabawan yang musnah dalam kebakaran.  - foto ihsan bomba
Beginilah keadaan rumah ibu tunggal di Kampung Lima Nabawan yang
musnah dalam kebakaran. – foto ihsan bomba

NABAWAN – Ibu tunggal dan dua anaknya tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka di Kampung Lima, Nabawan musnah dalam kebakaran yang berlaku, malam kelmarin.

Menurut mangsa, Martina Ansinut, semasa kebakaran berlaku mereka bertiga berada di rumah saudara kerana menghadiri satu majlis keluarga dan hanya menyedari kejadian itu apabila terdengar jeritan jirannya.

“Kami menyedari kebakaran itu apabila jiran yang berhampiran memananggil kami, namun kami tidak dapat berbuat apa-apa kerana api merebak dengan begitu cepat. Mujurlah ada jiran yang membuat panggilan kepada pasukan bomba bagi mendapatkan bantuan,” katanya sambil menambah berkenaan merupakan harta peninggalan suaminya yang meninggal dunia beberapa tahun yang lalu.

Walau bagaimanapun katanya, dia sempat mengambil dokumen penting termasuk kad pengenalan kerana mereka lebih fokus di tempat penyimpanan dokumen penting itu sebelum api merebak di sudut itu.

Sementara itu Pengerusi Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Nabawan, Suhailin Arshad berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 10 malam dan terus bergegas ke tempat kejadian dengan sebuah jentera dan enam anggota PBS.

“Tiba di tempat kejadian kami melihat api sudah merebak di seluruh sudut rumah berkenaan namun pihak kami berjaya mengawal api daripada terus merebak di rumah sebelah yang jaraknya beberapa meter dengan menggunakan air kolam yang disedut dengan jentera PBS dan berjaya memadam api sepenuhnya setengah jam kemudian,” ujarnya. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

 

Komen


Berita Berkaitan