Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Rumah musnah dijilat api

Sungai: Anggota bomba melakukan operasi memadam kebakaran.
Sungai: Anggota bomba melakukan operasi memadam kebakaran.

SANDAKAN: Sebuah rumah jenis tidak kekal hampir musnah dijilat api dalam kebakaran di Jalan Kampung Sungai Batang, Batu 10 di sini tengahari Khamis.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Haikal Jammy Ngali Abdullah berkata, 11 anggota dan seorang pegawai bersama tiga lojistik dikejarkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 11.58 pagi.

Katanya, kebakaran itu melibatkan sebuah rumah jenis tidak kekal berukuran 25×30 kaki persegi yang terbakar 80 peratus.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan anggaran kerugian serta punca siasatan masih dalam siasatan.-AA/Sayangsabah

 

 

Komen


Berita Berkaitan